Masa Itu Emas~

Friday, August 12, 2011

SURAT KEPADA BAKAL ISTERIKU

Kehadapan bakal isteri ku (yang solehah)…
saya menulis surat ini bukan lah kerana dicabar oleh sesiapa pun…
tapi…
saya menulis ini adalah kerana kehendak saya...
so, saya nak awak baca surat ni perlahan-lahan.
tak perlu laju-laju ya...
Jadi, wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya dah sampai 1 tahap dah tak kenal siapa sebenarnya awak ni…
dan saya takde ilham nak cari kat mana sebenarnya awak ni sekarang…
tapi bila sampai di suatu hari yang pasti…
bila kita dah berjumpa…
saya harap awak mampu terima saya seadanya…
seperti mana saya pasti terima awak dan diri awak se”ada”nya.
Lagi pun,
saya tahu yang awak ni memang manja & comel.
dan baik…
dan rajin...
dan alim...
dan cun...
mungkin awak ada tapak tangan yang tembam…
atau awak punya cara jalan macam penguin…?
bestnya…


Saya berharap…
bila saya tertengok facebook awak nanti…
sama ada akaun yang asli mahupun akaun yang tiruan…
awak tak letak gambar-gambar awak yang nampak aurat kat facebook.
sebab…
setahu saya…
kalau perempuan tu comel…
mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia…
macam lah awak seorang aje yang comel…
saya yang hensem ni takde pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia....
boleh je hidup walaupun banyak kali kena aniaya….
Mmm…
Lagi 1…
gambar kat facebook tu…
jangan lah nak dedah sana dedah sini…
malu saya…
awak pun tau kan…
perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher
bila berbalut dengan pembalut…
walaupun coklat tu jatuh ke lantai pun orang masih nak lagi...
tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat tak tau aje…kan ?
ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. awak pun nak kena pijak ke ?
Lagi pun, awak kan tahu…
tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang ehem2

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya tak tahu pasal masa depan saya…(lebih-lebih lagi di alam akhirat)
tapi saya pasti saya nak kekal berada di jalan yang lurus…
saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan ada…
tapi yang pastinya saya tahu saya lelaki yang tak putus asa…
jadi…
dengan kata lain,
saya mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat awak.
saya juga mungkin tak mampu kasi awak 10 kilo emas + intan + berlian.
harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak berharta ni…
kan harta saya ni boleh dirampas…
bila-bila masa aje Allah boleh tarik…
Tapi kalau setakat kasi awak 2 hingga 8 orang anak-anak yang comel,
saya okay je….
Dalam 2~3 tahun,
kita berdua mungkin akan ada 2-3 orang anak kan...?
Tapi tu tak termasuk yang kembar tau…


Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
Bila kita ada rumah nanti…
saya tak kisah kalau awak nak bekerja…
tapi lagi bagus kalau awak duduk aje rumah jaga saya kan…?
saya bukan mintak dilayan bagai raja walaupun saya ehem2...
tapi kalau saya balik dari kerja tu…
apa salahnya tanggalkan stokin saya,
urut bahu saya…
sediakan minum petang saya…
tapi kalau awak tak nak buat…
tak apa…saya boleh tambah lagi 1 (cukupkan 2).
lagi pun, bila saya tambah lagi 1, kurang la sikit beban awak…
nampak tak ? saya memang prihatin…?
tapi mana mungkin awak setuju kan ?
Mmm... awak nak tau…
saya tak mengharapkan yang awak…
adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata-kata saya…
kalau awak lebih kepada kasar (macam lelaki) pun apa salahnya...
tegas & keras itu menarik apa…?
kalau boleh…lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala awak tu.
saya suka... senang la saya nak ajak bergaduh kalau macam tu...
sebab kalau di ikutkan…saya tak suka perempuan yang lemah lembut sangat…
nanti tak meriah rumah tangga… So kalau sekali sekala bergaduh,
best jugak kan? Lagi pun,…
kita gaduh siang-siang je,
bila dah nampak katil di malam Jumaat malam kasih sayang, kita berbaik lah...
Tambahan pulak bagi kita,
setiap malam kan malam Jumaat…


Wahai bakal isteri ku (yang solehah)
Awak…
saya harap awak reti memasak…
awak mesti reti memasak…
apa…?
tak salah kalau perempuan tak reti masak…?
Ya...memang tak salah…
saya tak kata pun salah kan...?
tapi jangan salahkan saya kalau saya tambah lagi 2 (cukupkan 3)
sebab yang dua-dua tu tak reti masak nak buat macam mana kan ?
Tapi sebenarnya…
saya bukan mintak awak masak macam makan kat hotel...
asalkan awak reti masak yang biasa-biasa sudah lah…
awak tau kan…
air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia…
lagi pun…
takkan lah setiap hari kita nak makan kat restoran kan ?
kalau setiap hari makan kat restoran,
baik saya kahwin aje dengan mak cik tukang masak tu…
ye tak ?
awak pun taknak kan saya tambah lagi 3 (cukupkan 4) kan?


Wahai bakal isteri ku (yang solehah)
Saya harap awak reti jaga diri sebelum jumpa saya…
kalau boleh…
jangan couple banyak-banyak…
tak pernah couple lagi bagus…
tapi kalau dah couple tu…
jangan buat yang bukan-bukan dengan jantan you tu...
Bila dating tu…
jangan nak mengada-ngada keluar berdua-dua sampai kena tangkap pulak…
jantan you tu bukan boleh percaya sangat…
kebanyakkannya nak sedap-sedap aje...
sebab kalau dah jantan…
mesti bermulut manis.
Nama pun dah jantan, mestilah buaya…
tapi kalau namanya lelaki, cukup BERBEZA.
Akhir kata dari saya…bila kita nikah & kahwin nanti…
awak masak, saya makan...
saya imam, awak makmum…
saya baca doa, awak aminkan..
awak merajuk, saya pujuk.
SEMPURNA, kan ???
Habis tu…cepat lah cari saya...!!!
saya takut lah nak cari “awak”…takut tersalah pilih betina lain...
awak pun mesti taknak jadi isteri ke-2 saya kan. ?


ALLAH jua penentu segalanya, namun aku masih disini mencari, masih tak pasti... Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH... Cahaya jingga kan menjadi nyata, aku menuju pada-MU Ya Rabb... Pimpinlah aku..... Amin........


p/s untuk suka2 sahaja, watak dalam cerita ini hanya rekaan semata2.

special Credit ::ebook (tak pasti dari mana ebook nie haha)

秀人 eZo -^^-

Thursday, August 11, 2011

TOLONG BACA INI!! WAJIB!

Salam~ kalau hmpa smua nak post papa...please masuk gtau nama hmpa kat dlm kotak labels kt bawah uhh ekk... kalau bleh... smua pkai nma yg sama...jgn tuko2...so fara myra syu yg rajin posting...so take note ekk myra syu~ =) tq

Wednesday, August 10, 2011

jom kita baca!! sebagai renungan.....

Doa Ketika Ditimpa Musibah
1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah
Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~
2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.

INGATLAH!
Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ingatlah, marah itu mudah! 
Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya. Kita marah sehingga bisa mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan. Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, nauzubiLLAH

Dan Ingatlah,sabar itu terlalu indah! 
Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.

(Myra Syu @}>-----)

Monday, August 8, 2011

haaaaa....ari ni aku nak k0ngsi satu kisah lar...tapi lebih kepada masakan...pagi tadi my m0m dah gtaw nak uat karipap...s0 xpa laa..aku p0wn siapkan semua bahan...(igt karipap biasa)...tba2 ja mak aku kata kita buat karipap pusing...KARIPAP PUSING????? haaaaa! sudah!! berpusing dah aku...kelam kabut cari buku resepi..cari punya cari akhirnya jumpa dekat atas mesin jahit...ad0ihhh! depan mata ja p0wn...s0,aku p0wn tg0k laaa mcm mna buatkan...ad0yaiiii!!! kena buat dua adunan...xpa...ada step by step...sl0w2 la aku ikut..aku stat dlam k0l 3 petg laa....perghhhh!! susah jugak..xpa2...belajar...belajar...belajar...bila lagi kan..! bila dah siap d0h tu....aku buat laaa....pusing sana pusing sini...pusing sana pusing sini...haihh!! walaupun ada cara nak buat...aku tetap xfham...xb0le jadi nihh...kena panggil mak aku jugak nihh...mak aku p0wn dtg...haaaa! terkesima seketika dan sesaat kepala aku kena ketuk ngan penggelek...ad0iii!! salah sudaaa...huhuhuhu....kena canai lain...kena gulung byak kali laaa....baru bt0l...bila g0reng bawu nampak pusingannya...bila dah siap canai aku p0wn b0h inti...inti biasa jaa..sardin..tba2....alamak!!! nak kelim plak...ad0ihh!! fail..fail...! aku mang xpandai...tg0k mak aku ajar...fuhh!! aku p0wn ikut laa...hahhaah...kelim besaq2....kira 0k laa...nampak karipap laa..kalau 0wang tg0k p0wn 0wang kenal lagi laa karipap...fuhhh!! 3 jam buat karipap pusing....hahahah...tg0k laa gbr kat bwah tuu...tu laa karipap yang aku buat...pusing..pusing..ehhe..

(Myra Syu @}>------)

Sunday, August 7, 2011

- berSYUKUR kepada ALLAH -

Ada banyak cara yang dapat dilakukan manusia untuk mensyukuri nikmat Allah swt. Secara garis besar, mensyukuri nikmat ini dapat dilakukan dengan cara-cara sebagai berikut:
  1. Mensyukuri dengan hati, dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya dari Allah swt semata.
  2. Mensyukuri dengan lisan, dengan memperbanyak ucapan alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasysyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah).
  3. Mensyukuri dengan perbuatan.
    1. Mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah untuk menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah wajib, sunnah maupun mubah.
    2. Mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah dengan cara menghindari, menjauhi dan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, baik larangan yang haram maupun yang makruh.
Syukur dengan hati, lisan dan perbuatan ini hendaklah terefleksi dan tercermin pada setiap momentum yang bersifat zhahir, bahkan yang tersamar sekalipun. Contoh cerminan sikap mensyukuri nikmat Allah yang tampak secara lahir ini dapat dilihat dalam sikap Nabi Sulaiman as saat ia mendapati singgasana Bilqis telah ada di sampingnya dalam sekejap mata. Saat itu Nabi Sulaiman langsung berkata, "Ini adalah anugerah Allah. Dia bermaksud mengujiku, adakah aku bersyukur ataukah aku kufur." (QS An-Naml: 40)
Juga tampak dari sikap Raja Dzulqarnain yang sukses membangun radm (semacam benteng) untuk menghalau serbuan Ya'juj Ma'juj. Setelah sukses besar yang luar biasa ini, ia tidak menisbatkan prestasi spektakulernya itu kepada dirinya, akan tetapi menisbatkannya kepada Allah. Ia berkata, "Ini adalah rahmat dari Tuhanku." (QS Al-Kahfi: 98)
Sikap yang sebaliknya ditunjukkan oleh Qarun. Saat ia ditanya oleh kaumnya tentang sukses bisnisnya, ia tidak menisbatkan sukses itu kepada Allah. Dengan penuh 'ujub, sombong dan takabbur ia berkata, "Semua ini aku dapatkan semata-mata karena ilmuku, kepintaranku, kepiawaianku" (QS Al-Qashash: 78). Karena itulah ia diazab Allah.
(Myra Syu @}>----)

Dia

pertama kali bersua, ku akui, dia punya satu aura...
aura yang mana tidak aku nmpak pada mana-mana insan lain...
bagiku dia amat sempurna...
zahirnya dia cantik...batinnya dia indah...
pada akalnya dia bijak...
pada hatinya dia beriman...
bila dia semakin kukenali...aku semakin gerun untuk menatap wajahnya..
gerun untuk mendongak memandang matanya...
wajahnya itu wajah yang terlalu tenang...
matanya itu menyimpan sejuta perasaan...
kata-kata yang diungkapnya itu..
penuh berhikmah...
memberi pengajaran buatku saban hari...
aku takut dengan ilmunya...
aku takut dengan ketenangannya...
saat dia ketawa...
aku gentar untuk ketawa bersamanya...
bukan kerna aku tidak mahu berkongsi tawa canda...
tetapi aku takut jika nanti aku tidak mampu melihat tawanya itu lagi...
lantas aku ingin abadikannya...
maka ku tancap sepuas hati...
saat dia menangis...
aku tak mahu menangis bersamanya...
bukan kerna ku benci kedukaannya...
tetapi kumahu ulit kedukaan itu dengan tawa...
biar dia tahu...
walau sejauh mana kesedihan dan kedukaan menghimpit..
dia masih punya tawa ceriaku...
saat dia lemah di dalam pelukanku...
aku salurkan buatnya kekuatanku...
tidak sanggup melihat dia menjadi rebah...
tidak sanggup melihat dia terus mengalah...
namun, tatkala dia menggenggam jemariku...
dengan sejuk tangannya membeku....
aku titiskan airmata...
kerna di saat itu...
hati ini...jiwa ini...tidak mampu lagi kubendung...
dia jua tahu...
aku tidak pandai menipu...
saat dia berbisik padaku...
perasaan takutnya...
saat dia memuntahkan darah...
dari setiap rongga di tubuhnya...
saat dia menyebut namaku...
dalam getar suaranya...
aku mulai jatuh...
aku tahu...
ini adalah perpisahan...
inilah perpisahan yang paling kugeruni...
inilah perpisahan abadi...
katanya...
usah menangis...usah gundah...
jika ukhwah ini benar...
andai ukhwah ini benar..
maka dia nantikan aku di Syurga...
ya sahabat!
aku rindu kamu...

(abang hensem tunggal)

Saturday, August 6, 2011

bukan nak syok sendiri atau cari publisiti murahan.

assalamualaikum. tengok progress blog ni kira boleh tahan lah. rajin hampa dok post pasai Ramadhan. alhamdulillah. bertambah2 ilmu. moga dimanfaatkan. aku hari ni tkmau crita fakta2 bulan Ramadhan, tp aku nak crita apa yg aku dh lalui spnjang lebih kurang smggu posa ni. (sekadar nak berkongsi, tkmau baca tkpa)

ahad iaitu sehari sblum berpuasa, aku cium tgn ummi aku. minx restu, minx didoakan. aku tau dia tk suka keberangkatan aku. tapi nak buat mcm mana. aku dah janji. a promise is a promise. a gentleman never break his promises.
siap aku bersalaman, aku gerak pi KLIA. flight aku jam 2ptg. kira tolak campuq darab bahagi, aku sampai Labuan lebih kurang pkoi 5-5.30  lagu tu lah. sampai terus ambek cab, pi rumah ayahanda. ayah demam msa aku pi. jadi aku tlg beli ubat utk beliau. kira aku sempat la bertarawikh pertama bersama beliau. seronok jugak.

isnin. hari pertama puasa. ayah yang biasanya tak bangun bersahur, pagi tu bangun sebab pinjam dapuq kat tuan rumah. nak masak untuk aku. (dia tktau anak dia ni mmg tk makan sahur). tp mnjaga hati org tua lah katakan, aku bangun jugak. biasa la. 1st time puasa dgn ayah. he3! ayah masak nasik goreng ayam. tapi sumpah lah aku cakap, rasa dia pelik. lagi skali aku nak jaga hati ayah, aku mkan ja smpai habis sepinggan (3 senduk nasik).
lpas sahur, aku tk tidoq dah walaupun mata ni berat gila. aku bok kuaq lptop dgn broadband. kekonon nak online. tau2 tkleh. problem sana sini. ayah kata mmg org tk pkai internet kat sini. kalau nak, pi kat hotel. tak CC. humh! hampeh.
masuk waktu subuh, aku solat jemaah dgn ayah. lpas subuh (hehe ini memalukan) aku TERtidoq! sedaq2 dah cerah dah donia. tkpa. ayah pon dah pi keja. aku mandi la. dah mandi igt nak kuaq jalan2. (kalau jlan2 aku cari public fone ja, bkn pa pon) dapat public fone, aku pon kol adik aku. (kol ummi la logiknya)
bila tiba wktu berbuka, (jam 6 lbeh tau), ayah pon balik bawak roti canai. dia cari kat mana tktau. susah nak cari. dan rasa dia skali lagi, pelik! ha4! aku ngap ja! lpaq perot!
malam nak terawikh tu, perut aku mmbuat. macam biasa lah. org ada msalah pnyakit perot ni. pi klinik. tkot apa2 yg tk diingini trjadi. dktor bg ubat.
selasa. aku dah pesan dgn ayah, kalau ayah tk mau bangun, tk payah bangun sahur. sbb aku mmg tk mkn sahur. jd kami mdapat persetujuan. lena smpai pkoi dgaq azan subuh. aku cuba jugak posa skerat hari. tapi asid perot aku ni dok menyemboq tkmau brenti, jadi aku bukak lah posa (smpai aku dh tk boleh brjalan, wajar jugak lah).
rabu, khamis, jumaat dan hari ni, aku posa mcm anak2 umoq 5-6 taun. rini posa esok tak. kesian aku kan? ha4.

takat tu dlu lah pngalaman aku posa kt Labuan ni. tmpat org, makan tk lalu, tidoq pon tk slesa. tkpa lah. 2 minggu ja kat sni. insyaallah mggu depan aku kelik aloq setaq.

jadi utk smua membe2. selamat berposa. dn jgn lupa rindu aku selalu. ha4. assalamualaikum.

(abang tunggal hensem)

Friday, August 5, 2011

{pEmbazIRAN }

 Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia:

1. Ilmu pengetahuan

    membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan
    membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan
    membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.
4. Hati
    membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan
    membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta
    membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya                                            
7. Masa
    membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Akal
    membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir
    membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

 (Myra Syu)

Thursday, August 4, 2011

~ SEDEkah ~

TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika.

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya.
Sedekah adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab, iaitu sadaqah yang turut diguna pakai dalam bahasa Malaysia. Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)
Sedekah umumnya terbahagi dua iaitu sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Ditekankan di sini ialah sedekah sunat dipandang ringan sesetengah pihak, tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat yang besar, seperti dapat meringankan beban dan penderitaan si penerima, khususnya di kalangan orang fakir, miskin dan anak yatim.
Bagi pemberi sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosanya dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:
“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia.
Tidaklah dikatakan seseorang manusia itu kaya perike manusiaannya jika tiada di dalam jiwanya sikap prihatin dan kasihan belas kepada sesama manusia, yang menggerakkan hatinya untuk memberikan pertolongan sekadar kemam puannya.
Cuma disebabkan golongan fakir miskin tidak menzahirkan keperluannya, atas alasan segan, perasaan rendah diri dan ingin menjaga maruah, membuatkan sesetengah pihak me nyangka tiada pihak yang berada dalam kesempitan.
Malah, dengan kefahaman samar sesetengah pihak yang kerap membuat tafsiran dan andaian sendiri terhadap takrif fakir serta miskin, ia sedikit sebanyak menjejaskan amalan bersedekah, kerana apabila disangka tidak ada yang layak untuk menerima sumbangan, tiadalah amalan sedekah.
Ini belum lagi termasuk sifat keakuan individu tertentu yang mendakwa harta diperolehnya adalah miliknya seorang, kerana beralasan dia yang bersusah payah bekerja siang dan malam. Tetapi hakikatnya, harta terbabit adalah kurniaan daripada yang Maha Kaya melaluinya dan ia berupa pinjaman untuk dikongsi sebagai bekal di dunia.
Jika menurut penjelasan Imam Syafie Rahimahullah ‘Orang fakir ialah orang yang tidak berharta dan tidak ada mata pencarian (sumber rezeki), manakala orang miskin pula ialah orang yang ada harta (ala kadarnya) atau ada mata pencarian tetapi tidak mencukupi sara hidupnya’.
Baginda Rasulullah s.a.w menerangkan golongan yang dikatakan fakir miskin, seperti dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya:
“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Se benarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang men cukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.” (Hadis sahih, riwayat Imam Ahmad).
Justeru, menjadi tanggungjawab kepada penderma atau pihak berkenaan untuk mengenal pasti orang fakir dan miskin terlebih dulu bagi memastikan sumbangan amal yang diberikan kena pada sasarannya, sekali gus mencapai mat lamatnya iaitu meringankan mereka yang kesempitan.
Pada zaman moden ini, antara kaedah yang diguna pakai bagi melakukan penilaian terhadap golongan fakir dan miskin ialah pendapatan isi rumahnya dan ia berbeza mengikut lokasi, di kota dan desa kadarnya adalah berlainan, kerana kos hidup di kota lebih tinggi berbanding di kampung.
Bagi Malaysia, sebuah negara dihuni masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan budaya, dengan penduduk Muslim berkongsi hidup bersama bukan Muslim, kemiskinan bukan hanya membabitkan orang Islam, malah ada antaranya di kalangan bukan Muslim.
Dalam situasi ini, apakah orang Islam juga dibenarkan untuk memberikan bantuan atau sumbangan kepada orang fakir dan miskin di kalangan bukan Muslim, terutama di kalangan sahabat handai dan mereka yang tinggal berjiran?
Seorang cendekiawan Muslim, Sheikh Ahmad Kutty, dipetik sebagai berkata: “Islam menggalakkan pemberian sedekah kepada semua manusia, tanpa mengira perbezaan agama, kaum, warna atau bahasa.”
Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w ada membantu orang bukan Muslim (jahiliah) di kalangan yang menentangnya dan mereka tidak menghalangnya untuk memberikan bantuan dalam memenuhi keperluan yang mendesak.
“Mereka juga memberi makan benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.
“Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang ba lasan darimu atau ucapan terima kasih.” (al-Insaan:8-9)
Beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, menjelaskan, orang Islam ber tanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada jiran atau rakan di kalangan bukan Muslim.
Katanya, Nabi s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Sekiranya seseorang tidur dengan perut kosong, jaminan perlindungan Allah akan jauh daripadanya.”
“Jadi, mari kita sama-sama menentang kemiskinan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira perbezaan agama, kaum atau etnik, warna kulit atau bahasa.
“Semoga Allah memasukkan kita di kalangan mereka yang digambarkan Nabi s.a.w, umat yang terbaik ialah mereka suka menolong hamba Allah,” katanya.
Cuma, menurut fatwa yang pernah dikeluarkan negeri Johor hendaklah didahulukan bersedekah kepada saudara di ka langan orang Islam sebelum bersedekah kepada orang bukan Islam.
Alangkah indah Islam sebagai agama universal, yang mem berikan manfaat kepada semua pihak termasuk bukan Islam, sekali gus mencerminkan keluhuran budi umat Islam itu sendiri.
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kam pung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (al-Mumtahanah:8-9)

(Myra Syu)

Wednesday, August 3, 2011

~ puDing QaseH Ramadhan ~

aku nak k0ngsi resepi pencuci mulut....haaaa! mak aku kata asyik2 agar-agar jaa..apa kata sesekali cuba buat  puding xsusah s0 aku p0wn try laa buat...hmmm...mcm susah jaaa tapi b0le laaa sbb pertama kali cuba buat puding....ahahha...nah resepi :

  • 25 agar-agar
  • 200 gm gula pasir
  • 1200 ml air
  • 50 gm tepung kastard
  • 100 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 130 gm susu segar
  • pewarna 
  • biji selasih 
cara-caranya :


  1. masak agar2 bersama gula dan air hingga larut (bahan A).
  2. pukul susu, mentega dan telur hingga sebati (bahan B)
  3. masuk tepung kastard dalam bahan B dan letak diatas api yang perlahan
  4. bahagikan bahan A kepada 2 bahagian. setelah dibahagikan, masukkan satu bahagian ke dalam bahan B, kacau hingga sebati jgn biarkan ia berketul
  5. kemudian masukkan satu lagi bahagian yang tinggal kedalam bekas bersama biji selasih
  6. bahagian yang satu lagi ikut citarasa warna anda.
.....selamat mencuba.... (myra syu)

Tuesday, August 2, 2011

Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa

Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:
1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)
Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)
2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))
3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:
“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))
4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.
5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”
Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”
Dalilnya adalah firman Allah:
“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)
Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):
“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

.:.pandahime.:.

< bUAh tAmAr & khAsiAtnyA >

1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)
B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.
B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.
==========================================
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

(Myra Syu)

Monday, August 1, 2011

< jUAdAh bErbUkA >



hari ini aku ngan mak aku xtaw nak masak apa....mak aku tanya aku...aku tanya mak aku blik...hahahah..el0k sangat larr! ad0iiii!! memandangkan hari ini merupakan hari pertama s0 fikir punya fikir....punya fikir...punya fikir............haaaaaa dapat!!!! dalam d0k xtaw nak masak apa...dapat gak tiga resipi....antaranya isi ikan masam manis....ikan sambal belah belakang.....sup cendawan campur (resepi sendiri)
< Myra Syu >

"Antara bufet halal dengan keberkatan Ramadhan" (dipetik daripada harakahdaily.net)


Written by Mohd Nasir Awang   
Ramadhan al-Mubarak bertandang lagi. Serentak itu juga bermula satu fenomena masyarakat, iaitu perlumbaan mengambil kesempatan di atas kehadiran bulan mulia lagi berkat ini.
Sepertimana namanya sebagai al-Mubarak, yakni bulan penuh keberkatan, maka antara intipati utama keberkatan Ramadhan itu ialah janji Allah Ta’ala bahawa di sepanjang bulan mulia ini disediakan berbagai bentuk peluang dan keistimewaan yang perlu direbut. Untuk itu, Islam mengajar kita bahawa perlumbaan paling utama bagi umatnya ialah mengejar dan memanfaatkan pelbagai kelebihan yang disajikan Allah Ta’ala di bulan penuh berkat ini.
Antaranya peluang dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan. Keadaan itu sepatutnya menjadikan kita tiada lagi alasan untuk tidak terdorong melakukan kebaikan.
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. ada menyebut bahawa Ramadhan menyajikan peluang untuk umat Islam mengejar rahmat, maghfirah (keampunan) dari Allah dan pembebasan daripada api neraka.
Manakala Ramadhan sebagai bulan al-Quran pula membentangkan umat Islam dengan lautan nikmat dan rahmat yang terkandung di dalam kitab suci itu sendiri. Hanya dengan mendampingi dan menghayati kandungannya, umat Islam akan benar-benar dapat mengecapi hakikat al-Quran sebagai “hudan lin-naas” (petunjuk bagi manusia), “bayyinatin minal huda” (memperjelaskan jalan kepada petunjuk) dan “al-furqan” (yang membezakan), yakni menerangkan kepada manusia tentang mana hak dan batil, beza antara iman dan kufur, Islam dan jahiliyah.
Allah Ta’ala mengangkat lagi keistimewaan Ramadhan dengan adanya satu malam amat berkat yang dinamakan Lailatul Qadar. Satu malam itu disebutkan di dalam al-Quran ‘lebih baik daripada seribu bulan’, yakni kira-kira 83 tahun.
Di bulan Ramadhan juga Allah Ta’ala menggandakan ganjaran pahala bagi setiap amal. Sesuatu amal sunat diberi ganjaran seperti amal fardhu, manakala satu amal fardhu dilipatgandakan ganjarannya sehingga 70 kali.  
Betapa pun ghairah masyarakat kita memanfaatkan kehadiran Ramadhan dengan perlumbaan ukhrawi itu, kita tidak boleh menafikan betapa kita juga ikut terjebak dengan perlumbaan yang lebih menjurus kepada kepentingan duniawi.
Di negara kita, mahu pun di serata dunia Islam, kehadiran Ramadhan seakan sinonim dengan pesta makanan. Berbagai juadah dan masakan enak yang antaranya tidak ditemui di bulan-bulan lain sepanjang tahun, tiba-tiba muncul berlambak-lambak di bulan puasa.
Sebilangan umat Islam mengambil kesempatan berniaga. Gerai dan kanopi menjual kuih-muih dan lauk-pauk terpacak di hampir setiap lokasi strategik di segenap pelusuk tanahair. Tabiat umat Islam yang tidak lokek berbelanja dan terdorong pula oleh kemaruk selera perut yang lapar, menyuburkan aktiviti perniagaan segera ini.
Selain perniagaan makanan dan minuman, bahan mentah dan keperluan dapur, turut mula dipromosi secara hebat sebermula Ramadhan ialah perniagaan pakaian dan lain-lain keperluan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Idulfitri. Keghairahan menyambut kedatangan Hari Lebaran mendorong umat Islam tidak begitu mengambil kira soal harga ditawarkan peniaga.
Satu fenomena yang semakin menjadi kecenderungan masyarakat negara kita sejak beberapa dekad kebelakangan ini ialah untuk berbuka puasa di luar. Disebabkan wujudnya permintaan dan kecenderungan masyarakat, maka hidangan bufet Ramadhan kini menjadi perlumbaan di kalangan restoran, resort, hotel dan berbagai lokasi berprestij lain.
Namun suatu pendedahan agak membimbangkan, tidak semua premis yang menawarkan sajian berbuka puasa itu diyakini status halal mereka. Satu kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepertimana dipetik kebanyakan media cetak pada Rabu mendedahkan hanya 22 daripada sekian banyak hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang diberikan pensijilan halal oleh pihaknya.
Di atas hakikat itu, beliau memberi amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadhan (menggambarkan seolah-olah ianya halal) atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Akhbar pada hari sama turut mendedahkan majoriti kopitiam di ibukota masih belum memiliki pengesahan halal oleh Jakim. Kita percaya kes-kes dihadapi premis makan di sekitar ibukota itu turut dihadapi di seluruh negara.
Ertinya, ancaman wujudnya kemungkinan umat Islam yang berpuasa disajikan makanan yang diragui status halalnya atau termasuk kategori syubhah bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi. Kita diajar betapa pahala dan kesempurnaan ibadat puasa itu boleh terhakis dan terkikis oleh beberapa perkara. Antaranya apabila orang berpuasa itu terlibat dalam perkara syubhah, termasuk mengambil makanan yang diragui status halalnya.
Islam mengajar kita bahawa yang halal dan haram itu jelas, sedangkan yang di tengah-tengah antara keduanya adalah syubhah atau perkara meragukan. Cara terbaik memastikan lapar-dahaga dan keletihan kita sepanjang hari tidak berlalu sia-sia ialah dengan menjauhi sesuatu yang syubhah.
Alang-alang kita sudah bersedia berlumba mendapatkan berbagai keutamaan dan kesitimewaan disajikan Allah Ta’ala di bulan penuh berkat ini, mengapa tidak kita pastikan perlumbaan kita itu tidak dicemari dengan sikap tidak cermat kita sendiri di dalam memilih sajian yang halal lagi baik?
Hayatilah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 (bermaksud):
“Wahai manusia, makanlah apa-apa yang ada di muka bumi daripada benda-benda yang halal lagi baik dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia (syaitan) seteru kamu yang nyata.”

ha! komen! apa pndangan dan pndapat hmpa2 semua. 

post oleh abang tunggal hensem

....pahALA SETIap maLAM apABILa MENUnaikan s0LAT sunAT TERawih...

tentang s0lat sunat terawih.....masyaAllah!! banyak sungguh ganjaran yang Allah berikan ya... j0m kita baca apa ganjaran tersebut :

Malam 1 
Mendapat keampunan dari Allah. Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam  seperti ia 
baru dilahirkan.

                       Malam 2     
                        Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

                       Malam 3  
                        Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

                      Malam 4        
                       Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

                      Malam 5 
                      Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

                     Malam 6        
                       Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

                    Malam 7   
                    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

                    Malam 8
                     Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

                   Malam 9 
                   Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

                   Malam 10 
                   Allah SWT  mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
0k nanti kita sambung lagi naaa.... (Myra Syu)

"KEBERKATAN DALAM BERSAHUR"

'aku tidak lagi tinggalkan sahur' (siapa aku?)
 
Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur." – Rujuk Fathul Baari, Jil. 11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:

"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasaahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

"Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." - Surah al-Baqarah: 187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

"Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w ." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: "Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar." - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11, ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.
 
sudah pastinya : kak nana

Rindu Ramadhan...

ha...hmpa smua ada rindu bulan Ramadhan tk stiap tahun? jgn tk rindu tau...sbb bulan ni adalah bulan amat barakah... di dalamnya ada Lailatul Qadar...oleh tu, sntiasa doalah moga kita sntiasa akan mampu mnjadi tetamu Ramadhan stiap tahun... aamiiin... ayuuh... kita layan lgu ciptaan Abd.Halim Ahmad ni, versi Devotees... sedap3~ =) .:.pandahime.:.

.:.ayuh kongsi menu berbuka hari ini.:.

okeyh~ assalamualaikum...

hari ni rumah aku dh keluarkan satu list juadah berbuka, yg kalau baca agak2 pnjang la juga kan... memandangkan abah nak balik putrajaya lepas tarawikh malam ni, jadi mama nk buatkan rendang daging utk bekal abah bersahur esok pagi... selain itu, ada juga juadah lain mcm cucuq udang feveret abah (sumpah, aku tak mampu kongsi rsepinya, sbb aku trsangat tk reti bab2 buat cucuq ni)... bubuq kanji aka bubur lambuk (1st time mama nk ajaq aku buat ni)... ayam goreng tepung (kacang botak saja)... bihun singapore (penang mari punya ar)...dan kuih seri muka.... namun, apa yg aku nk kongsi tang sini, (yg tulih berjela2 ni) motifnya cuma nk brkongsi resepi cena nak buat Seri Muka... ala kuih yg bawah dia pulut, atas dia ada mcm sekaya wrna hijau2 yg  manis tu... haaa tau kan? kan?. kan? okey.. jom bca... nnt bleh cuba buat! =)

Badan aka Pulut kt bawah tu la na...

1) Beras pulut (1 1/2 pot - tin susu pekat)
2) Santan 5 kupang atau 1/2 cawan kopi (tp kalau nak lg precise, yg 5 kupang la)
3) garam secubit

Kepala aka sekaya yg hijau manis2 kt atas tu
1) 10 sudu tepung gandum
2) 5 biji telur
3) 14 sudu makan gula (kalau jnis suka mkn manis n tk takut kencing manis, bleh tambah lg)
4) santan yg RM2
5) Air pandan 1 cawan kopi (guna cawan yg sama saiz hmpa sukat santan utk pulut td
6) garam secubit

Cara nk buat :

1) lengat pulut sehingga 20 minit.
2) dah cukup masa, angkat dr periuk lengat tu, gaul pulut tu dgn santan, bleh tambah air sikit, dah gaul2... bagi rata balik, baru lengat balik utk lagi 20minit.
3) sementara tggu, buat sekaya dia...sebatikan semua bahan yg aku dh habaq kt atas ni... (dia cayaq tau)
4) lepas 20mnit yg kedua, agkt lg pulut td, kali ni, tuang perlahan2 sekaya dia... jgn tuang sekali gus atas pulut, ceduk guna senduk atau sudu, sedikit demi sedikit, ratakan perlahan2...smpai hbes semua sekaya tadi..
5) dah tu, lengat balik antara 45 minit - 1 jam...
6) tggu sejuk, potong dn hidang...

selamat mncuba dan selamat berbuka! =)

.:.pandahime.:.

....peristiwa bersejarah sepanjang bulan ramadhan....

 j0m!! curi masa sket kita tambah ilmu.... kat sini aku nak p0st sikit-sikit dulu tentang peristiwa yang jarang aku dengar dgn selalu kita dengar.... ayuh!! tg0k kat bawah ini :
  • 1 Ramadhan 587 H,  Penghancuran dan penguasaan kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “ Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan ‘Asqolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.” sekarang kota ‘Asqolan dikenal dengan nama kota Asduud di negara Palestina. 
  • Ramadhan 732 H, lahirnya seorang Ulama besar yaitu Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau sangat tekun dan gigih mencari ilmu malah berwibawa serta seorang yang kreatif. Beliau mengarang kitab “Muqaddimah” yang lebih dikenal dengan “Muqaddimah Ibnu Khaldun” yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat. Buku ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa Eropah dan beberapa bahasa lain. Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan. Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa Sultan An Nasr Lidinillah.
  • Saidatina Fatimah Az-Zahra meninggal dunia pada malam selasa, tiga hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan pada tahun 11 Hijrah. Beliau merupakan puteri bongsu kesayangan Rasulullah SAW. Beliau merupakan wanita yang sabar dan bertaqwa.Pada tahun kedua selepas hijrah, Saidina Ali bin Abu Thalib menikahi Saidatina Fatimah dengan maharnya baju besi yang nilainya hanya empat dirham.Pernikahan penuh berkat itu terjadi setelah Perang Badar Al-Kubra. Dari pernikahan yang penuh berkah ini lahirlah Hasan dan Husain (pemuda ahli syurga), Zainab, Ummi Kultsum dan Muhsin yang meninggal saat kecil. 
  • Pada 21 H, 18 Ramadhan hari ini Khalid bin Walid RA salah seorang sahabat terkemuka yang terkenal dengan keberaniannya dan panglima perang dalam berbagai peperangan baik sebelum Islam atau sesudahnya meninggal dunia. Beliau masuk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 7 H. Saidina Umar bin Khatab RA memimpin solat jenazah Beliau lalu dimakamkan di Hims dan ada pula yang mengatakan di Madinah. 
  • Pada 658 H, 26 Ramadhan Khalifah Bani Umayyah yang paling memiliki peranan penting dalam perjalanan sejarah Islam adalah Abdul Malik bin Marwan. Beliau dilantik menjadi Khalifah pada tanggal 26 Ramadhan 658 H. Beliau memperoleh pendidikan di Madinah Munawwaroh dengan melakukan talaqi ilmu-ilmu keislaman dengan Ulama Madinah pada masa itu sehingga menjadi salah seorang Fuqoha diantara empat Fuqona yang ternama. Dalam setiap permasalahan yang terjadi dalam kehidupan masyarakat disaat beliau memikul amanah kekhalifahan berhasil diselesaikan dengan gemilang. Ibnu Khaldun berkata, “ Abdul Malik bin Marwan termasuk Khalifah yang berjaya dalam sejarah Islam dan Arab kerana beliau mengikuti jejak Amirul Mukminin Umar bin Khattab RA dalam pengaturan negara.” Antara hasil kerja beliau adalah pembangunan Masjid Qubbatul Sokhro dengan kubah kuningnya yang terletak dikawasan Aqsa bersebelahan dengan masjid Al Aqsa.