Masa Itu Emas~

Saturday, December 10, 2011

...SAHABAT KERANA ALLAH...

MYRA SYU ^^,

- memberitahu teman anda bahawa anda kasih dan sayang kepadanya.
- amalan ziarah menziarahi.
- apabila berpisah dengan sahabat, doakan sahabat anda tanpa pengetahuannya.
 - sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabat.
- segera bersalaman ketika bertemu dengan sahabat anda
- memberi hadiah

...pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yamh lain  kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) ...


Monday, October 31, 2011

Tip Menjadi Sahabat Yang Baik


 : Myra Syu :


~ memulakannya dengan memberi salam apabila bertemu
~ menumpukan perhatian ketika sahabat sedang berbicara dan jangan mencelah
~ memanggil nama sahabat dengan panggilan yang disukai
~ menyampaikan pujian orang terhadap sahabat
~ menyembunyikan segala rahsia sahabat
~ memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan tanpa menunggu dia memintanya

Saturday, October 29, 2011

10 November 2011

assalamulaikum~
insyaallah kita suda plan 'reunion mini' pada tarikh yg disebut di atas~

briefly~ tentatif nya begini ya :

pagi~ breakfast kat rodwok~ (aku punya kepala otak la ni, kalau tknak tkpa =]) ~ then, pigi sekolah... SMKA (P) ALMASHOOR yg trasa suda lama tidak dijijak tersebut (rsa tk smpai 5 bulan lg kot tk pi =P) bkan pa, saja2 nk usha keadaan skola tu ann... biasanya bila pi skola, blek tu msti ada ja crita n bnda yg kita tk pueh hati... saja pi cari bahan nak ngumpat lah ni~ =P

later on ~ kita ronda lerr~ hehehe (duit minyak tlg support sorang sikit naa~ relah cek nk tanggung sowang2 hehee)! uwkeh~ mula2 katanya haritu ada yg tringin nak pi padang kota...so itu 1st lah alang2 ada blah tanjung... then, kita akan menapak di QB Mall~ (sumpah aku gila2 miya gian nk tgk wyang~ tlg bersimpati dan bertimbang rasa dgn aku~ =P)

pehtu~ kita jalan2 cari makan plak... cari la kdai makan mana2 yg nyum2 nk ngisi perut masing2 ann~ aku dgaq haritu Pizza Hut mnjadi sebut-sebutan...hurrrmmm cm bes ja...lama gak aku tk ngap makanan Itali tersebut...bleh eh? bleh eh? =P

lpas tu~ kita taking2 picture~ (agenda wajib~ Vivaz aku nak menunjuk kan skil~ eheh)

ouh~ regarding transportation...errmm aku bleh ja bwak kreta, so sesapa yg nk numpang aku, sila gtau apa plan anda, bila nk meh rumah aku~


to kak nana~ mmg knfem ka tkleh join?
kalau mmg betul sah2 tkleh join, rsanya tk perlu lah kita mintak atin bwak kreta, sbb Kenari aku cukup kot utk kita berlima...InsyaAllah... (nnti blek Penang, ku cek angin tayar yer =P)

apa2 penambahan or perubahan or cadangan sila habaq naaa~ jgn dok buat senyap

okeh~ count down kita, bermula hari ini ialah :

11 days to go~

cayang anda semua! see you! =)

Friday, August 12, 2011

SURAT KEPADA BAKAL ISTERIKU

Kehadapan bakal isteri ku (yang solehah)…
saya menulis surat ini bukan lah kerana dicabar oleh sesiapa pun…
tapi…
saya menulis ini adalah kerana kehendak saya...
so, saya nak awak baca surat ni perlahan-lahan.
tak perlu laju-laju ya...
Jadi, wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya dah sampai 1 tahap dah tak kenal siapa sebenarnya awak ni…
dan saya takde ilham nak cari kat mana sebenarnya awak ni sekarang…
tapi bila sampai di suatu hari yang pasti…
bila kita dah berjumpa…
saya harap awak mampu terima saya seadanya…
seperti mana saya pasti terima awak dan diri awak se”ada”nya.
Lagi pun,
saya tahu yang awak ni memang manja & comel.
dan baik…
dan rajin...
dan alim...
dan cun...
mungkin awak ada tapak tangan yang tembam…
atau awak punya cara jalan macam penguin…?
bestnya…


Saya berharap…
bila saya tertengok facebook awak nanti…
sama ada akaun yang asli mahupun akaun yang tiruan…
awak tak letak gambar-gambar awak yang nampak aurat kat facebook.
sebab…
setahu saya…
kalau perempuan tu comel…
mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia…
macam lah awak seorang aje yang comel…
saya yang hensem ni takde pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia....
boleh je hidup walaupun banyak kali kena aniaya….
Mmm…
Lagi 1…
gambar kat facebook tu…
jangan lah nak dedah sana dedah sini…
malu saya…
awak pun tau kan…
perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher
bila berbalut dengan pembalut…
walaupun coklat tu jatuh ke lantai pun orang masih nak lagi...
tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat tak tau aje…kan ?
ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. awak pun nak kena pijak ke ?
Lagi pun, awak kan tahu…
tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang ehem2

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya tak tahu pasal masa depan saya…(lebih-lebih lagi di alam akhirat)
tapi saya pasti saya nak kekal berada di jalan yang lurus…
saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan ada…
tapi yang pastinya saya tahu saya lelaki yang tak putus asa…
jadi…
dengan kata lain,
saya mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat awak.
saya juga mungkin tak mampu kasi awak 10 kilo emas + intan + berlian.
harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak berharta ni…
kan harta saya ni boleh dirampas…
bila-bila masa aje Allah boleh tarik…
Tapi kalau setakat kasi awak 2 hingga 8 orang anak-anak yang comel,
saya okay je….
Dalam 2~3 tahun,
kita berdua mungkin akan ada 2-3 orang anak kan...?
Tapi tu tak termasuk yang kembar tau…


Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
Bila kita ada rumah nanti…
saya tak kisah kalau awak nak bekerja…
tapi lagi bagus kalau awak duduk aje rumah jaga saya kan…?
saya bukan mintak dilayan bagai raja walaupun saya ehem2...
tapi kalau saya balik dari kerja tu…
apa salahnya tanggalkan stokin saya,
urut bahu saya…
sediakan minum petang saya…
tapi kalau awak tak nak buat…
tak apa…saya boleh tambah lagi 1 (cukupkan 2).
lagi pun, bila saya tambah lagi 1, kurang la sikit beban awak…
nampak tak ? saya memang prihatin…?
tapi mana mungkin awak setuju kan ?
Mmm... awak nak tau…
saya tak mengharapkan yang awak…
adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata-kata saya…
kalau awak lebih kepada kasar (macam lelaki) pun apa salahnya...
tegas & keras itu menarik apa…?
kalau boleh…lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala awak tu.
saya suka... senang la saya nak ajak bergaduh kalau macam tu...
sebab kalau di ikutkan…saya tak suka perempuan yang lemah lembut sangat…
nanti tak meriah rumah tangga… So kalau sekali sekala bergaduh,
best jugak kan? Lagi pun,…
kita gaduh siang-siang je,
bila dah nampak katil di malam Jumaat malam kasih sayang, kita berbaik lah...
Tambahan pulak bagi kita,
setiap malam kan malam Jumaat…


Wahai bakal isteri ku (yang solehah)
Awak…
saya harap awak reti memasak…
awak mesti reti memasak…
apa…?
tak salah kalau perempuan tak reti masak…?
Ya...memang tak salah…
saya tak kata pun salah kan...?
tapi jangan salahkan saya kalau saya tambah lagi 2 (cukupkan 3)
sebab yang dua-dua tu tak reti masak nak buat macam mana kan ?
Tapi sebenarnya…
saya bukan mintak awak masak macam makan kat hotel...
asalkan awak reti masak yang biasa-biasa sudah lah…
awak tau kan…
air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia…
lagi pun…
takkan lah setiap hari kita nak makan kat restoran kan ?
kalau setiap hari makan kat restoran,
baik saya kahwin aje dengan mak cik tukang masak tu…
ye tak ?
awak pun taknak kan saya tambah lagi 3 (cukupkan 4) kan?


Wahai bakal isteri ku (yang solehah)
Saya harap awak reti jaga diri sebelum jumpa saya…
kalau boleh…
jangan couple banyak-banyak…
tak pernah couple lagi bagus…
tapi kalau dah couple tu…
jangan buat yang bukan-bukan dengan jantan you tu...
Bila dating tu…
jangan nak mengada-ngada keluar berdua-dua sampai kena tangkap pulak…
jantan you tu bukan boleh percaya sangat…
kebanyakkannya nak sedap-sedap aje...
sebab kalau dah jantan…
mesti bermulut manis.
Nama pun dah jantan, mestilah buaya…
tapi kalau namanya lelaki, cukup BERBEZA.
Akhir kata dari saya…bila kita nikah & kahwin nanti…
awak masak, saya makan...
saya imam, awak makmum…
saya baca doa, awak aminkan..
awak merajuk, saya pujuk.
SEMPURNA, kan ???
Habis tu…cepat lah cari saya...!!!
saya takut lah nak cari “awak”…takut tersalah pilih betina lain...
awak pun mesti taknak jadi isteri ke-2 saya kan. ?


ALLAH jua penentu segalanya, namun aku masih disini mencari, masih tak pasti... Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH... Cahaya jingga kan menjadi nyata, aku menuju pada-MU Ya Rabb... Pimpinlah aku..... Amin........


p/s untuk suka2 sahaja, watak dalam cerita ini hanya rekaan semata2.

special Credit ::ebook (tak pasti dari mana ebook nie haha)

秀人 eZo -^^-

Thursday, August 11, 2011

TOLONG BACA INI!! WAJIB!

Salam~ kalau hmpa smua nak post papa...please masuk gtau nama hmpa kat dlm kotak labels kt bawah uhh ekk... kalau bleh... smua pkai nma yg sama...jgn tuko2...so fara myra syu yg rajin posting...so take note ekk myra syu~ =) tq